Nasib tukang kasut
Oleh Kasdi Ali
kasdi@hmetro.com.my
2010/03/06
kasdi@hmetro.com.my
2010/03/06
IPOH: Hanya kerana tidak berpuas hati dengan harga upah membaiki kasut ditawarkan, sekumpulan pelajar warga asing dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Seri Iskandar, bertindak biadab apabila membelasah tukang kasut terbabit yang ketika itu sedang menjamu selera di sebuah restoran, malam kelmarin.
Ketika kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, mangsa dikenali sebagai Zalmi Abdul Ghani, 35, sedang menjamu selera di sebuah restoran berhampiran kedai membaiki kasutnya di Taman Maju, Seri Iskandar apabila tiba-tiba diserang 10 hingga 12 pelajar Mesir yang menaiki dua kereta.
“Ketika itu saya makan malam bersama seorang rakan apabila tiba-tiba kumpulan pelajar berkenaan meluru ke arah kami dan terus menyerang menggunakan kayu tanpa sebarang amaran.
“Saya dan rakan hanya dapat mempertahankan diri menggunakan tangan bagi mengelak mereka memukul bahagian kepala.
“Serangan itu berlaku beberapa minit sebelum kumpulan pelajar berkenaan melarikan diri menaiki dua kereta. Menyedihkan, tiada seorangpun penduduk tempatan membantu kami sebelum saya bersama rakan mendapatkan rawatan di Hospital Changkat Melintang,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Menurut bapa kepada empat anak itu, dia berjaya mengenal pasti seorang daripada penyerangnya kerana dua hari sebelum kejadian iaitu pada Selasa lalu, suspek datang membaiki tiga pasang kasut di kedainya.
“Saya mengenali suspek adalah pelajar UTP kerana dia selalu datang ke sini. Pada Selasa lalu, suspek datang ke kedai saya untuk membaiki tiga pasang kasutnya yang rosak di bahagian tapak. “Dia bertanya mengenai upah dan saya beritahu upah menjahit keliling tapak dua pasang kasut itu ialah RM30 iaitu RM15 sepasang.
“Manakala saya mengenakan upah RM3 bagi menjahit tapak sepasang lagi kasutnya yang rosak sedikit tetapi suspek naik angin dengan menyatakan harga itu mahal dan minta dikurangkan kepada RM20,” katanya.
Zalmi berkata, dia memberitahu suspek supaya ke kedai membaiki kasut berhampiran untuk meminta harga berkenaan. “Suspek kemudian beredar tetapi kira-kira 10 minit kemudian, dia datang dan memaksa saya membaiki juga kasutnya pada harga RM20,” katanya.
Menurut Zalmi, ketika suspek datang kali kedua ke kedainya, terdapat pelanggan lain membaiki kasut dan melihat sikap suspek yang mendesak dan langsung tidak menghormatinya, dia meminta suspek beredar.
“Ketika itulah suspek menghambur kata-kata kesat dalam bahasa Inggeris tetapi saya tidak mempedulikannya.
“Namun saya hilang sabar apabila suspek menjerit ‘f** Malaysia’. “Saya yang hilang sabar bertindak memegang tangan suspek dengan seorang lagi rakan dan memberi amaran supaya tidak berkata demikian,” katanya.
Menurutnya, suspek kemudian menaiki keretanya dan selepas membuat pusingan U, dia berhenti di depan kedainya sebelum membuka tingkap dan memberi amaran akan datang semula sambil menunjukkan isyarat lucah.
“Perkara paling mengecewakan saya ialah sikap pengurusan UTP yang memujuk saya supaya menarik kembali laporan polis pada malam sama hari kejadian kerana tidak mahu kes itu dibesarkan,” katanya.
Pelajar IPT ditahan kes buang bayi
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC II Ismail Yatim berkata mayat bayi itu ditemui oleh seorang pekerja wanita yang membersihkan bilik asrama berkenaan pada jam 7 pagi.
Beliau berkata polis dimaklumkan mengenainya lalu mengambil mayat bayi yang masih bertali pusat itu, dan menghantarnya ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat.
Menurutnya, pelajar yang tinggal asrama berkenaan ditahan pada jam 12 tengah hari semalam.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Bernama
Beliau berkata polis dimaklumkan mengenainya lalu mengambil mayat bayi yang masih bertali pusat itu, dan menghantarnya ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat.
Menurutnya, pelajar yang tinggal asrama berkenaan ditahan pada jam 12 tengah hari semalam.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Bernama
No comments:
Post a Comment