prologue
sebenar nye laptop ini tidak membenarkan ak mengaplod pape gmbr ke blog ini. ak juga tlah tidak dibenarkan untuk buat link. harap maklum. untuk menelek kesahihan dakwa dakwi aku bahawa heliza helmi ada iras2 kim hee chul, sila tgk iklan garnier. sekian time kaseh.
..........................
hari raya
ya. sambungan kepada entry yg lepas. balik dri JB on 2nd syawal. singgah kt ayer hitam bli kerepek. rindu dowh nk mkn kerepek. bapak ak bli berkelokelo. kerepek putrajaya xsedap~ then singgah umah mentua big bro ak. borak2 jap pastu pulang ke umah.
on 4th syawal, kami 1 family jalan2. jalan2 jumpa jepun (menipu neh~). sbnr nye kami g JPN buat IC bru. i mean, tuka alamat kt IC. errr... sama la tu kn! pastu kami singgah d kedai mamak sbb kami x smpt nk breakfast. usai breakfast kami naik kete konon nye nk blik umah. tetiba mak ak kata,"marilah kita berjalan-jalan di kuala lumpur. gun, apekah yg menarik d kuala lumpur?"
ak kata,"yg menarik adalah klcc."
mak ak kata,"xmo lah kita ke klcc. nnt abes duit buat shoping."
ak kata,"klcc ada petrosains. bole melawat~"
mak ak kata,"kuar dri klcc mesti nk tgk brg. alang2 tgk brg mesti ada yg berkenan d hati. klu da berkenan mesti terbeli."
"yolah yolah," kataku seraya capai guidebook KL. "pergi lah kita ke museum," kataku stelah terbaca bahawa museum & planetarium tu dkt2 je.
mak ak kata,"baik lah. gun banje ye. mak nk simpan duit nk g haji."
ak kata,"!!!!!!!!!!!"
.....................
bebelan yg lain2
so far ok la lawatan ke museum. parking rm2, masuk rm2 per head. berbaloi la, siap ada pertunjukan ular. buat retard2 ckit dgn adik bongsu. tape buat retard. org x knal. hahah!
pas abes 1 museum tu selongkar, konon2 tnya la pakgad, tukang sapu, org jual air, dll psl how to pegi planetarium by foot (sbb dlm guidebook tu ckp dekat sgt2).
maka kami pun naik pedestrian bridge utk ke planetarium. maka bermulalah bebelan ak. yeay~
1. eskalator x function. sian ak tgk org2 tua naik bridge (especialy bapak ak).
2. ak tnya org kt kaunter tiket tu. tiket harga berapa. ada ke dia suh ak berpusu-pusu tgk seniri kt some kinda signboard kecik. jwb je la harga bape. u r paid untuk keje cmtu kn? klu muka+body chantek giler cm nicole schwinger tu tape gak.
3. guard kurang ajar. klu ye pun tabole ckp lelok ckit ke? "please leave ur drink outside" not "tinggal air kt luar! jgn bwk masuk dlm!"
4. byr tiket full tp kt dlm cm hampeh. bole tgk2 kt tingkat bwh je yg masih under construction. tingkat ats fully under construction. tabole naik langsung. byk bende yg tade. tayangan is about WWF. sgt mengeciwakan. i thought tayangan tu about planet2, stars, moon, universe, aliens... seswai la dgn nama planetarium tu. sigh~
.....................
epilogue
akhir nye cantik jugak gmbr ak dlm IC (mekap 8 inch ats muke nk amik gmbr IC. klu la bole request utk fotokedai-kan muke kt IC, kn best~~)
dodol masih ada stok buat masa skrg. beskot2 raya juga masih ada stok. ketupat, rendang, lontong montong sume abes da. masuk perut sape???? perut ak jugak yg d persalahkan! XD~
..................
credit
credit tu baby & chedel kerana bersusah payah membelanjakan credit mereka untuk msg ak nk gtau harge tiket2 berkenaan. time kaseh~ muah2~ awwww~ takuasa mak!
September 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment