.................
ingat tak kat Part 2 aku ada tulis pasal DRCAB? tengok gambar di bawah. ia adalah di panggil chain of survival.
chain of survival
D - Danger - tengok keadaan bahaya atau tidak untuk korang membantu
R - Response - check kalau orang tu responsive atau tidak. tepuk bahu dan jerit kat orang tu. kalau tade respon, ask somebody to call 999 (first chain), bring AED and report back to you.
C - Compression - start 30 chest compression (second chain).
A - Airway - open orang pengsan tu punya airway dengan kaedah head tilt, chin lift (second chain).
B - Breathing - bagi orang pengsan tu 2 hembusan (second chain).
sume terhenti kat second chain je kan? korang kena dok ulang-ulang step C-A-B sampai lah
1. AED da sampai (third chain)
2. atau ambulans da sampai (forth chain)
3. atau mangsa revive (jari ada gerak-gerak sikit, dada berombak sikit)
4. atau korang giler penat cam nak tetabouh
so hari ni kita discuss about the third chain.
AED - Automated External Defibrillator.
perlu ke korang ingat nama panjang bagi AED ni?
bayangkan korang ada kat KLIA. ada orang pengsan. korang da sampai kat step R - Response. orang yang pengsan tu tade response langsung-langsung dan korang nak suh seseorang call 999 dan amik AED.
"weh, kau yang botak dan baju belang-belang tuh!"
hmmm? aku ke?
"ya. kau. call 999, amekkan automated external differential equation wtf!"
tak payah. korang cakap je AED. biasa nya kat tempat-tempat yang exclusive eg KLIA or KLCC ada bende ni. korang carik je or tanya kat kaunter pertanyaan. orang kat kaunter pertanyaan tu musti tau. kalau dia tak tau aku pun tak tau la nak cakap apa.
AED at railway station in Japan
AED at KLIA
cane nak guna AED? korang press on dan AED itu akan berkata-kata. korang ikut je cakap dia. time aku blaja guna dulu pun camtu jugak.
aku malas sebenarnye nak explain lebih-lebih. korang google or wiki je AED musti jumpe punya. takpun korang sign up First Aid & CPR class. musti korang akan belajar.
kalau kat sekitar-sekitar korang memang tade AED, korang buat je la step C-A-B sampai
2. ambulans da sampai (forth chain)
3. atau mangsa revive (jari ada gerak-gerak sikit, dada berombak sikit)
4. atau korang giler penat cam nak tetabouh
as a layperson, korang tak payah la nak menunjuk terel dengan meng-continue CPR bila forth chain aka ambulan da sampai. ambulan tu takkan sampai sesaje. musti ada bawak orang yang lebih pakar dalam bidang ini. so serahkan pada yang pakar.
akan tetapi... kalau mangsa da revive, tapi ambulan belum sampai. apa yang patut korang buat?
A. continue CPR
B. sepak mangsa supaya dia cepat-cepat bangun sebab korang tak tahan nak terberak
the next step kalau ambulans belum sampai is Recovery Position
cane nak buat recovery position?
1. korang check dulu badan dan poket mangsa kalau ada bende yang tajam eg spec, kunci kete, pen et cetera. remove kan barang-barang tu.
2. amik lengan yang paling dekat dengan korang dan buat bentuk L. macam angkat sumpah.
3. amik tangan dia satu lagi dan buat dia cam tampar diri seniri dan bengkok kan kaki dia yang jauh dari korang
4. tarik mangsa ke arah korang
5. stabilkan mangsa dengan kaki yang bengkok tadi buat bentuk L. dongakkan kepala mangsa untuk bukak airway.
the purpose of recovery position adalah untuk pastikan kalau mangsa muntah, dia takkan tercekik muntah sendiri dan untuk mangsa senang bernafas.
sampai di sini sahaja class kita arini. aku ada meeting kul 10. kita sambung len kali. babai~
*pic(s) credit to google
No comments:
Post a Comment