December 04, 2011

Hijau

ironi betul kepada entry ini. tapi ini sebab memang dia letak banyak taugeh dari menu utama. aku tak tau kalau aku order menu tu dia akan letak taugeh 14 genggam.

......................

aritu aku balik awal. kul 4 aku sampai umah. tengok mak aku kuak lentang atas sofa kat ruang tamu. aku bagi salam. dia jawab salam; so tak payah la aku buat CPR (nauzubillah min zalik). penat dowh. rehat-rehat jap pastu Tuan Muda kuar dari bilik dia. aku ajak pegi pasar malam Putrajaya pas asar. 

pak aku tade. outstation. kompem mak aku tak masak. pernah terjadi kat korang tak? bila pak tade je mak korang malas nak masak. 

tapi salah aku dan Tuan Muda juga. kitorang yang makan tak abes. seperiuk kari mak aku masak boleh tahan 3 ari. masuk fridge then kalau nak makan bawak kuar dan masuk microwave. pas makan agak-agak da sejuk semula masuk balik fridge. 

kadang-kadang goreng telur potong cili masak nasik je. seb bek kami ni jenis tak memilih makanan (ye ke?). so mak kami pun tak kesah nak masak apa-apa edible untuk kami.

eh... sambung citer. aku ajak Tuan Muda pegi pasar malam Putrajaya tapi kena gaodim dengan mak aku dulu. kalau tetiba dia tak bagi pegi cane? tak ke Tuan Muda akan merajuk dengan aku nanti? 

so dekat-dekat kul 6 kami bertolak ke pasar malam. kami usha makanan yang boleh di makan segera, eg nasik bungkus, mee bungkus, koaytiaow bungkus et cetera. tapi aku tak selera nak makan nasik. aku cam nak makan yang bukan nasik. aku pun mendekati gerai jual mee/koaytiaow/bihun/nasik goreng. 

tapi kan...


kan...


pelis tell me kenapa setiap gerai yang jual mee/koaytiaow/bihun goreng ada letak taugeh?

aku bukan tak makan sayur. makan, tapi tolong la. taugeh tu tak hijau. sayur kan ke sepatutnye kaler hijau?

saujana mata memandang. tapi ini ialah ladang teh. bukan ladang sayur bayam.

setelah menyampah tengok gerai jual mee/koaytiaow/bihun sume nye letak taugeh, aku mendekati gerai jual laksam. aku perhatikan bungkusan laksam yang berlonggok-longgok depan kakak cute tu. pergh asal kakak je mesti ada perkataan cute menyusul. 

sambung citer. aku perhatikan bungkusan laksam yang berlonggok-longgok depan kakak cute tu. apa yang aku nampak?

taugeh.

taugeh.

taugeh.

dan

taugeh.

heeerghhh!

kakak cute tu tegur aku. mungkin kerana aku buat muka tension sebab dalam setiap bungkusan laksam tu ada taugeh. 

kakak cute: ye, dik. nak beli laksam?

aku: tapi saya tanak taugeh.

kakak cute: hehe. tape. kakak bungkuskan yang tade taugeh punya nak? 

ouh em jii so sweet.

aku: nak.

akhirnye aku dapat beli laksam tanpa taugeh. balik rumah aku potong cili, timun dan kacang panjang untuk campur dalam laksam aku.

*pic(s) credit to google

No comments:

Post a Comment